Khamis, 21 Mac 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2013 ZON SEMANTAN, TEMERLOH


21 Mac 2013 - Majlis Tadarus Al-Quran 2013 Peringkat Zon Semantan, Temerloh dengan jayanya telah berlangsung pada hari ini (21 Mac 2013) yang bertempat di SK Kampung Tengah, Temerloh yang telah melibatkan 19 buah sekolah bahagian Zon Semantan, antara sekolah yang terlibat adalah: 
1. SK Telok Sentang; 
2. SK Sanggang Seberang; 
3. SK Bintang; 
4. SK Telok Ira; 
5. SK Jengka 23; 
6. SK Paya Pulai; 
7. SK Kampung Tengah; 
8. SK Lebak;
9. SK Tanjung Batu; 
10. SK Sungai Gau; 
11. SK Bandar Temerloh; 
12. SK Belengu; 
13. SK Guai; 
14. SKJ(C) Khee Chee; 
15. SK Seri Tualang; 
16. SK Charuk Puting; 
17. S.I.S.P; 
18. SK Jalan Bahagia dan 
19. SK Bangau. 

Antara acara yang dipertandingkan adalah:
 
1. Tilawah al-Quran kategori Lelaki dan Perempuan; 
2. Hafazan al-Quran kategori Lelaki dan Perempuan; 
3. Bercerita  kategori Lelaki dan Perempuan dan 
4. Nasyid berkumpulan. 

SK Telok Sentang menghantar 6 peserta untuk bertanding dalam 3 acara kecuali nasyid. Keputusan pencapaian pada tahun 2013 ini tidak berapa memihak kepada SK Telok Sentang. SK Telok Sentang hanya mendapat naib Johan dalam acara Hafazan al-Quran melalui kategori murid perempuan iaitu Adik Diyana Asyikin binti Shahruddin. Bagi acara lain hanya mendapat saguhati. Apapun persediaan untuk tahun depan perlu bermula pada tahun ini jika inginkan pencapaian yang membanggakan. 

Walaubagaimanapun, TAHNIAH untuk peserta SK Telok Sentang; yang tidak berjaya, cuba lagi tahun depan. TAHNIAH untuk Panitia Agama Islam SK Telok Sentang, pelatih peserta, guru pengiring peserta dan guru SK Telok Sentang yang terlibat dalam program MTQ Zon Semantan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. MTQ kali ini, SK Telok Sentang terlibat dalam menguruskan acara Tilawah al-Quran kategori perempuan.


Tilawah al-Quran kategori perempuan di Bilik Gerakan
SK Kampung Tengah, Temerloh. 

Ustaz Mohd Padli bin Kamaruddin (kanan) selaku Hakim Suara Hafazan
al-Quran kategori Perempuan dan 
Hakim Suara Tilawah al-Quran
kategori perempuan: Ustaz Cik Sofian bin Md Rejab 
Muhammad Afif Muzammil bin Kamarul Zaman (kiri),
wakil SK Telok Sentang dalam acara Hafazan al-Quran

 
  

 



Rabu, 20 Mac 2013

MAJLIS DISKUSI ILMU BERSAMA ULAMA: 

HABIB UMAR  BIN HAMID AL- JAILANI


Alhamdulillah pada 18 Mac 2013 yang lalu (Isnin),  penulis dan seorang lagi rakan guru j-QAF SK Telok Sentang, Ustaz Cik Sofian diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri satu  majlis Diskusi Ilmu bersama seorang ulama Makkah yang terkenal iaitu Habib Umar bin Hamid al-Jailani. Majlis tersebut bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kerdau, Temerloh. Program anjuran Jabatan Agama Islam Temerloh dan Pusat Khidmat ADUN Kerdau, YB Tuan Syed Ibrahim  ini mensasarkan guru-guru  j-QAF sekitar Temerloh sebagai peserta program. Program tersebut juga diserikan dengan persembahan qasidah daripada Mevlevi Mawlid Ensemble dari Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) sementara menunggu kehadiran Habib Umar. Terima kasih juga kepada Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh kerana member ruang dan peluang yang begitu luas untuk program diskusi ilmu ini dengan member kebenaran menjayakan program di dewan SBPI Kerdau, Temerloh. Moga program ini diberkati oleh Allah hendak-Nya... Amin.





Sabtu, 16 Mac 2013

TAHNIAH... 

diucapkan kepada Adik Dina Hasana binti Shahruddin kerana kejayaan beliau mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh yang berlangsung pada 13 Mac 2013 (Rabu) yang lalu di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar, Mentakab di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.
Adik Dina Hasana binti Shahruddin

Majlis penyampaian hadiah 

Jumaat, 15 Mac 2013

MESYUARAT AGONG PIBG 

SK TELOK SENTANG 2013

14 Mac 2013 - Jam 2.30 petang berlangsung Mesyuarat Agong PIBG SK Telok Sentang 2013. Program dimulakan dengan mesyuarat PIBG mula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang sementara menunggu perasmi sampai ke SK Telok Sentang. Perasmi mesyuarat PIBG tahun ini adalah  ADUN Kerdau iaitu YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. Alhamdulillah mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar yang dipengerusikan oleh YDP PIBG SK Telok Sentang iaitu Encik Nordin bin Awang Ismail. Syukur kehadrat ilahi kerana YB Tuan Syed Ibrahim sudi menyampaikan sumbangan RM3000 untuk pembinaan astaka tapak perhimpunan. Pihak Pejabat ADUN Kerdau melalui YB Tuan Syed Ibrahim juga bersetuju untuk menghulurkan sumbangan 50 buah kerusi plastik untuk kegunaan sebarang majlis yang berlangsung di sekolah. Pihak SK Telok Sentang dan PIBG SK Telok Sentang mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan untuk kemudahan pihak sekolah dan PIBG. TAHNIAH dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan mesyuarat agong PIBG kali ini. "Kalau ada jarum yang patah, jangan simpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan simpan di dalam hati"....
Pendaftaran ahli PIBG
Buku Program Mesyuarat PIBG Kali ke-39 tahun 2013

AJK PIBG 2012/2013: dari kiri - Encik Joehari (NYDP), Encik Nordin (YDP),
Tn. Hj. Riza (Guru Besar SKTS), Ustaz Cik Sofian (Setiausaha PIBG) dan
Ustaz Sazali (Bendahari PIBG) 
Sebahagian ahli di kalangan guru dan kakitangan SK Telok Sentang
yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ini.

No. cabutan bertuah...






Persembahan koir dari kelas 5 Cemerlang yang dibimbing oleh
Cikgu Norkhafizah
Ucapan perasmian oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad,
ADUN Kerdau
Member of Ceremony tahun ini; Encik Syahrul Airin dan Puan Suhana
Penyampaian cerderahati oleh YDP PIBG, Encik Nordin kepada
YB Tuan Syed Ibrahim sebagai tanda kenang-kenangan 
dari pihak PIBG.





   

Selasa, 12 Mac 2013

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2013

Bermula 5 Mac hingga 8 Mac 2013, bertempat di SMK Panglima Garang Abdul Samad, Budu, Kuala Lipis, Pahang berlangsung program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang. SK Telok Sentang telah menghantar 6 orang perserta di bawah unit beruniform Pengakap. Mereka yang menyertai adalah:- 

1. Engku Nur Mohamad Haikal bin Engku Mohd Yahaya
2. Mohamad Nor Alif bin Shaifuddin
3. Muhammad Iskandar Shah bin Arjulinas
4. Muhamad Azri bin Abu Bakar
5. Muhamad Syafiq bin Shamsudin
6. Muhammad Shahin bin Mohd Jafri 

6 peserta perkhemahan diiringi Cikgu Kamarul Zaman bin Ariffin.

Antara acara yang mereka menangi adalah:-

1. Acara merempuh halangan dan larian lasak (Tempat ke-3)
2. Ikatan simpulan 12 ikatan (Johan)

Ikatan Simpulan

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas

Kem Temerloh




Gajet










Persembahan Malam Kebudayaan



Sabtu, 9 Mac 2013

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

SK TELOK SENTANG 2013

9 Mac 2013 - Bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari tadi berlangsung satu lagi program di bawah Unit Disiplin iaitu Kem Kepimpinan khusus untuk pengawas-pengawas SK Telok Sentang. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah. 


Antara objektif program Ini adalah untuk :

1.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri.
1.2 Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
1.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
1.4 Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.

TAHNIAH kepada Unit Disiplin atas penganjuaran program ini.

Slot ceramah 1: Masalah Remaja oleh Cif Inspektor Mohd Fadzli bin Abdul Malek,
Inspektor Hal Ehwal Awam IPD Temerloh.
Gambar Kenangan bersama Cif Inspektor Mohd Fadzli bersama pengawas-pengawas
SK Telok Sentang.

Slot Ceramah 2: Motivasi Kepimpinan oleh Ustaz Sahril Hisham, Guru Pendidikan Islam
dari SK Guai, Temerloh


Ustaz Cik Sofian mewakili pihak SK Telok Sentang mengucapkan ribuan terima kasih
atas kehadiran pengawas SK Telok Sentang dalam menjayakan program
Kem Kepimpinan hari ini
Gambar kenangan dengan penceramah.

 




Isnin, 4 Mac 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM 

ZON SEMANTAN 2013



4 Mac 2013 - SK Telok Sentang telah menghantar 3 orang wakil di Kejohanan Olahraga MSSM Zon Semantan yang berlangsung selama 2 hari bermula 4 - 5 Mac 2013 (Isnin dan Selasa) bertempat di SMK Seberang Temerloh. Murid yang terlibat adalah adik Nur Fatinah,  adik Nik Nur Dhia dan adik Asyraf Irfan. Guru yang terlibat langsung dengan kejohanan adalah Ustazah Mastura sebagai pegawai kejohanan. Guru pengiring yang terlibat menghantar murid yang mewakili sekolah adalah Ustaz Sofian dan Ustazah Hasnah. 





ACARA PENYAMPAIAN HADIAH 

KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA 

PERINGKAT ZON SEMANTAN 2013


4 Mac 2013 - Pagi ini bertempat di dataran perhimpunan SK Telok Sentang telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada murid-murid SK Telok Sentang yang telah menyertai Karnival Bahasa Melayu peringkat zon Semantan - acara pidato dan bercerita yang berlangsung di SK Bandar Temerloh. Pertandingan Bercerita tahap satu diwakili oleh adik Dina Hasana dan mendapat naib johan, Bercerita tahap dua diwakili oleh adik Aina Natasha mendapat hadiah saguhati dan pertandingan pidato pula diwakili oleh adik Diyana Asyikin dan mendapat tempat ketiga secara keseluruhan. TAHNIAH diucapkan kepada ketiga-tiga wakil SK Telok Sentang walaupun tidak berjaya mewakili zon Semantan. Guru pembimbing dan pengiring yang hadir ke Karnival tersebut adalah Cikgu Fadilah dan Cikgu Zaleha. Terima kasih diucapkan kepada Panitia Bahasa Melayu atas inisiatif menyertai Karnival Bahasa Melayu peringkat zon Semantan ini. TAHNIAH sekali lagi. 

Tn. Hj. Riza menyampaikan sijil dan hadiah naib johan pertandingan 
bercerita tahap satu sempena karnival Bahasa Melayu kepada 
Adik Dina Hasana 


Tn. Hj. Riza menyampaikan sijil dan hadiah saguhati pertandingan 
bercerita tahap dua sempena karnival Bahasa Melayu kepada 
Adik Aina Natasya 

Tn. Hj. Riza menyampaikan sijil dan hadiah tempat ketiga 
pertandingan pidato tahap dua sempena karnival Bahasa Melayu 
kepada Adik Diyana Asyikin